Sin Po merupakan sebuah akhbar ber
bahasa Cina yang diterbitkan di
Indonesia sejak zaman Hindia-Belanda sehingga
1965. Edisi pertama telah diterbitkan di
Jakarta sebagai edisi mingguan pada Oktober 1910, Sin Po berubah menjadi surat khabar harian dua tahun kemudian.Akhbar ini adalah akhbar pertama yang memaparkan lirik lagu kebangsaan Indonesia, iaitu
Indonesia Raya, dan turut memelopori penggunaan nama "Indonesia" untuk menggantikan "Hindia-Belanda" semenjak Sumpah Pemuda pada
28 Oktober 1928. Sin Po menghentikan penerbitannya ketika
Jepun menduduki Indonesia pada tahun
1942, namun kembali diterbitkan pada tahun
1946. Pada tahun
1962, akhbar ini digantikan nama sebagai
Warta Bhakti sebelum akhirnya diharamkan oleh pemerintah pada tahun
1965 setelah kejadian Gerakan 30 September di Indonesia.