Tenaga Sinar_kosmos

Sinar kosmos banyak menarik perhatian secara praktikalnya kerana kebolehan menyebabkan kerosakan pada mikroelektronik dan hidupan luar suatu atmosfera dan medan magnet, dan secara saintifiknya kerama tenaga sinar kosmos bertenaga ultra tinggi (ultra-high-energy cosmic rays) telah dicerapkan mencecah 3 × 1020 eV,[3] iaitu sekitar 40 juta kali ganda tenaga zarah yang dipecutkan Pelanggar Hadron Besar.[4] Sinar kosmos jenis bertenaga ini pada 50 J[5] mampu mempunyai tenaga yang setara dengan tenaga kinetik yang dibawa sebiji bola besbol yang dibaling pada kelajuan 90 km sejam. Oleh sebab penemuan inilah, kajian terhadap sinar kosmos yang mempunyai tenaga lebih tinggi semakin mendapat perhatian.[6] Sungguhpun begitu, kebanyakan sinar kosmos tiada tenaga ekstrem sebegini; pengagihan tenaga dari sinar-sinar ini pun memuncak pada 0.3 gigaelectronvolt (4.8×10−11 J).[7]

Rujukan

WikiPedia: Sinar_kosmos http://public.web.cern.ch/public/en/lhc/Facts-en.h... http://ska.cosmosmagazine.com/features/print/5162/... http://www.universetoday.com/86490/astronomy-witho... http://www.mpi-hd.mpg.de/hfm/CosmicRay/Showers.htm... http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/astro/c... http://adsabs.harvard.edu/abs/2003IJMPA..18.2229A //arxiv.org/abs/hep-ph/0206072 //doi.org/10.1142%2FS0217751X03013879 https://www.sciencedaily.com/releases/2017/09/1709... https://www.youtube.com/watch?v=xcMbmj-lBEg