Sinaran_krepuskular

Sinaran krepuskular (Jawi: سينرن کريڤوسکولر) atau sinaran senjakala merupakan satu fenomena alam ketika cahaya matahari kelihatan memancar dari satu titik di langit. Sinaran ini terjadi apabila cahaya matahari menembusi celahan di antara awan atau pokok misalnya. Ia biasanya berlaku pada waktu terbit dan tenggelamnya matahari. Perkataan "krepuskular" berasal daripada bahasa Latin iaitu crepusculum yang membawa maksud senjakala.[1]