Singgora_(bandar)
Singgora_(bandar)

Singgora_(bandar)

Songkhla (Thai: สงขลา) (dahulunya dikenali sebagai Singgora) adalah sebuah bandar di Thailand yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Bandar ini terletak di kedudukan geografi 7°12′N, 100°35′E. Dalam tahun 2006, bandar Songkhla mempunyai 75,048 orang penduduk. Songkhla juga dikenali sebagai "Singgora" ataupun “Kota Singa” khususnya di kalangan negara-negara barat sebelum Perang Dunia II. Walaupun Songkhla lebih kecil berbanding dengan bandar Hat Yai, Songkhla adalah bandar wilayah untuk Wilayah Songkhla dan juga Wilayah Perbandaran Songkhla (Amphoe Mueang Songkhla).Songkhla terletak di muara tasik Songkhla yang menghubungkan tasik itu dengan Teluk Siam. Bandar Songkhla adalah pelabuhan dan pusat perikanan yang penting di Thailand, dan membekalkan banyak tangkapannya kepada pembeli di Semenanjung Malaysia dan Singapura.