Sistem_koordinat_Cartes
Sistem_koordinat_Cartes

Sistem_koordinat_Cartes

Di dalam matematik,sistem koordinat Cartes ialah satu sistem yang menilai suatu titik secara unik di dalam satu satah menerusi dua nombor, biasanya dikenali sebagai koordinat-x atau absisa dan koordinat-y atau ordinasi suatu titik. Untuk mentakrifkan titik itu. dua garis lurus yang berserenjang (paksi-x dan paksi-y) ditentukan bersama-sama dengan unit panjang yang ditandakan pada kedua-dua paksi (lihat rajah 1). Sistem koordinat Cartesian juga digunakan dalam ruang (yang mana tiga koordinat digunakan) dan di dalam dimensi yang lebih tinggi.Dengan menggunakan sistem koordinat Cartes, bentuk-bentuk geometri (sebagai contoh lengkungan) digambarkan oleh persamaan algebra, dinamakan persamaan dipuaskan oleh koordinat-koordinat titik yang terletak di atas bentuk berkenaan.Sebagai contoh, bulatan berjejari 2 mungkin boleh digambarkan oleh persamaan x2 + y2 = 4 (sila lihat rajah 2).