Sejarah Sita_Air

Syarikat penerbangan ini memperolehi sijil pengendali udara pada tahun 2000, dan ditubuhkan pada bulan Oktober 2000, tetapi tidak beroperasi sehingga tahun 2003 disebabkan oleh pergolakan politik di Nepal. Operasi bermula pada 6 Februari 2003 dengan satu Dornier Do 228; pesawat kedua telah ditambah pada bulan April 2003. Pada tahun 2016, syarikat penerbangan ini dijual kepada Agrawal Group yang berpangkalan di Biratnagar sebanyak NPR 550,000,000. Pada 2017, Sita Air membeli dua lagi Dornier 28 daripada Simrik Airlines.