Kerjaya Siti_Hawa_Salleh

Kerjaya beliau bermula sebagai Guru sementara di Sekolah Menengah Sultanah Asma (1961-1963) ; Penterjemah sementara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (1964); Tutor di Jabatan Pengajian Melayu, UM (Jun 1964- Jun 1966); Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu UM (1966-1971) ; Timbalan Pengarah, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM (Mac 1975-Jun 1977) ; Profesor Madya, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM (1975-1994) ; Ketua di Jabatan Persuratan Melayu, FSKK UKM(1981-1989) ; Felo Penyelidikan di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM (Disember 1989 - Disember 1992) ; Profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional UKM (1994); Timbalan Pengarah, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM(Jun 1994-Jun 1996).


Beliau juga dilantik sebagai Profesor Kontrak di Jabatan Persuratan Melayu,UKM) (1995-2002) ; Pengajar Khas di Jabatan Persuratan Melayu,UKM)(Mei 2002 - Mei 2003) ; Pensyarah Jemputan untuk kursus Kesusasteraan Melayu, Universiti Malaysia Sabah (1996-1997) dan Penilai Luar di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Brunei Darussalam (2000-2002).


Siti Hawa Salleh juga dilantik sebagai Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM.