Penerbitan Siti_Nurhaliza_(album_1996)

Selepas dinobatkan sebagai juara Bintang HMI pada 1 April 1995, Siti Nurhaliza menerima tawaran kontrak rakaman penuh daripada Pengurus Besar Suria Records (SRC), Encik Tan Su Loke yang sanggup datang ke rumah beliau di Kuala Lipis, Pahang untuk meminta bapa Siti, Tarudin Ismail untuk menandatangani kontrak rakaman.[11][12] Sebelum menyertai SRC, beliau telah menerima kontrak rakaman daripada beberapa syarikat rakaman lain seperti Warner Music, BMG Music dan Sony Music Entertainment.[11] Beliau akhirnya menyertai Suria Records selepas menerima tawaran daripada Tan Su Loke dan Pengurus A&R Suria Records pada waktu itu, Adnan Abu Hassan (yang sebelum ini mengarang lagu dan menerbitkan album untuk beberapa artis terkenal seperti Nora dan Fauziah Latiff) kerana mereka menyedari potensi besar dan pakej yang lengkap dimiliki oleh Siti dan percaya bahawa anak jati Temerloh, Pahang ini akan menjadi penghibur terkenal satu hari nanti. Apabila Siti memilih untuk mengikat kontrak dengan syarikat rakaman itu, ramai yang beranggapan beliau telah membuat pilihan yang tidak tepat kerana banyak lagi syarikat rakaman besar ingin mengambilnya sebagai artis mereka.[11] Namun beliau mempunyai alasan tersendiri mengenai pilihannya untuk menyertai syarikat itu, antaranya kerana yakin dengan lagu-lagu ciptaan Adnan yang dianggap bersesuaian dengan suara dan cara penyampaiannya.[11]

Bekerja di bawah bimbingan Adnan yang mengajarnya dari segi vokal dan teknik nyanyian, Siti memulakan rakaman album pertamanya yang dijalankan pada Jun 1995 dan siap sepenuhnya pada Februari 1996. Sewaktu proses memasukkan vokal, Siti berulang-alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu pada Jumaat dengan menaiki bas ekspres dan di temani samada ibunya, Sit Salmah Bachik atau abangnya, Saiful Bahri dan pulang semula ke Kuala Lipis pada petang Ahad kerana Siti masih bersekolah, dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis.

Sebelum muncul dengan Jerat Percintaan, Siti terlebih dahulu diperkenalkan menerusi lagu Mawarku, sebuah lagu duet bersama kumpulan 2 by 2 dan merupakan versi asal lagu yang pernah dipopularkan oleh Aziz Jaafar dan kumpulan Pancasitara, dan kemudiannya dinyanyikan semula oleh pasangan adik-beradik Eddie dan Hamidah Ahmad. Ini juga merupakan rakaman pertama Siti di dalam kerjaya muziknya. Tanpa disangka, lagu Mawaku berjaya menjuarai carta radio termasuk Radio Muzik, (di mana beliau diperkenalkan menerusi segmen artis baru, tiga bulan sebelum pelancaran album pertamanya) sekaligus memperkenalkan Siti kepada pengetahuan umum.

Rujukan

WikiPedia: Siti_Nurhaliza_(album_1996) http://books.google.com/books?id=aA4EAAAAMBAJ&pg=P... http://www.simplysiti.com/1997/01/01/juara-lagu-un... http://sitizone.com/sz/index.php?option=com_conten... http://sitinurhalizamusic.weebly.com/siti-nurhaliz... http://sitisentral.weebly.com/siti-nurhaliza-i.htm... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.nib.com.my/archives/text/view/1075960?p... http://www.nib.com.my/archives/text/view/29025123?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/4544008?p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt...