Pendidikan Siti_Zainon_Ismail

Siti Zainon Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu ( 1956- 1957-1961) dan seterusnya ke Sekolah Menengah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur (1962-1968).

Beliau mula belajar mencolek kain batik di Kota Bharu. Di SAB beliau dilatih oleh guru senilukis Idris Haji Salam sehingga ia bergabung pula dengan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS, 1964-1968). Oleh minatnya kepada seni lukis beliau melanjut ke pendidikan seni di Institut Seni Indonesia (ASRI) jurusan Seni Lukis (1970-1973). Beliau merupakan pelajar seni lukis yang kerap memenangi Anugerah Sketsa Kartini (1970-1973). Selama di ASRI turut bergabung dengan Sanggar Dewata dan turut pameran keliling Jawa. Pada bulan Februari 1974 pulang ke tanahair bertugas sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1974-1976). Seterusnya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (1976) dan lulus Sarjana Sastera (UKM. 1980). Ph.D (UM. 1992). Beliau pernah mengajar di Pusat Bahasa. Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dalam bidang kepakarannya Seni Budaya Warisan (kursus Kesenian Melayu Tradisional. Pemerian Budaya Benda, Tekstil dan Busana Melayu, Sejarah dan Teori Penghayatan Seni, Penulisan Kreatif). Beliau turut pernah menjadi Felow Penyelidik ATMA (1995-1996), Pengarah Kebudayaan UKM (1996-1999), Profesor di UKM dan juga Profesor di UMS (2014-2016).

Berkaitan