Politik Sivarraajh_Chandran

Penglibatan politik beliau bermula pada tahun 2004 sebagai ahli Malaysian Indian Congress (MIC). Kemudian dilantik sebagai Setiausaha Agung pemuda MIC pada tahun 2008 hingga 2013. [2] Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Sivarraajh telah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong, Perak, tetapi tewas kepada calon DAP Sivasubramaniam A/L Athinarayanan. [3] [4]

Seterusnya, dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan dan merangkap Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional dari tahun 2013 sehingga sekarang.[5] Sivarraajh juga merupakan salah seorang Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Perdana Menteri Malaysia selama 3 tahun dan kini menyandang jawatan pegawai khas kepada YAB Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. [6]

Selain daripada itu, awal 2017 Sivarraajh diberi mandat untuk menjadi Penyelaras Parlimen Cameron Highlands untuk memahami dan memeta keperluan masyarakat untuk membolehkan peruntukan sumber yang strategik dan kini berfungsi dari Pejabat (Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen) Tanah Rata, Cameron Highlands. [7] [8]

MIC Youth Disaster Aid Centre (MYDAC)

Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, Sivarraajh telah menubuhkan MIC Youth Disaster Aid Centre (MYDAC) pada tahun 2014 untuk membolehkan penyediaan & tindakan diambil dengan lebih teratur dan terancang untuk membantu mangsa bencana alam pada bila-bila masa. [9]

Malaysian Indian Youth Consultative Council (MIYCC)

Beliau juga telah mengasaskan dan menyadang jawatan penasihat kepada Malaysian Indian Youth Consultative Council/Majlis Perundingan Belia India Malaysia (MIYCC) sejak 2014 hingga kini. MIYCC membabitkan individu dari pelbagai latar belakang yang menjadi ikon kepada masyarakat India dengan penglibatan, kepakaran, pengalaman dan kejayaan dalam bidang yang diceburi yang menjadi badan rujukan, rundingan, penasihatan, cadangan, bimbingan dan kerjasama Pemuda MIC Kebangsaan ke arah memperkasakan masa depan belia India di Malaysia. [10] Majlis ini dianggotai oleh ikon-ikon masyarakat India seperti Datuk Dr. Jeyaindran (Timbalan Ketua Pengarah, Kesihatan), Dato' Param (Bekas DCP, PDRM), Datuk Bhupat Rai (Ahli Lembaga Pengarah, Bank Antarabangsa India), En. Ravindran Devagunam (Pengarah, PEMANDU), Profesor Sivamurugan Pandian (USM), Dato’ CM Vignaesvaran (Ketua Eksekutif, PSMB), dan lima orang lagi. Beliau berjaya melancarkan Pelan Tindakan Belia India Malaysia dibawah MIYCC pada bulan Oktober 2016 selaras dengan inisiatif Perdana Menteri untuk merangka Pelan Tindakan Masyarakat India (Malaysian Indian Blueprint). [11]

Rujukan

WikiPedia: Sivarraajh_Chandran http://www.bernama.com/en/ http://newmalaysianpost.com/2013/11/14/sivarraajh-... http://www.therakyatpost.com/news/2014/01/16/mic-y... http://www.kosmo.com.my/terkini/mahkamah-batal-kem... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2012/... http://www.sinarharian.com.my/politik/umno-terima-... http://www.themalaysiantimes.com.my/mic-youth-dema... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Politik/20131117/p... http://www.utusan.com.my/mobile/berita/nasional/te... http://www.thesundaily.my/news/1280736