Skandal_Zon_Bebas_Pelabuhan_Klang

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang merupakan skandal mengenai pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang melibatkan banyak pihak seperti Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dan lain-lain. PKFZ adalah milik PKA. KDSB dilantik sebagai pemaju projek 'turnkey' PKFZ. PKFZ kini diuruskan oleh Port Klang Free Zone Sdn Bhd, anak syarikat LPK. Kementerian Pengangkutan menafikan zon PKFZ satu skandal dan menafikan duit pembinaan telah lesap. [1]Ramai pihak mempertikaikan kos penyediaan zon PKFZ yang melambung sehingga RM4.6 bilion. Ada dakwaan bahawa wujud penyelewengan dan menyebabkan projek itu gagal dan menjadi gajah putih.[2]Pengerusi eksekutif PKFZ ialah Lim Thean Shing.Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang ialah Datuk Lee Hwa Beng.Bekas pengerusi PKFZ Datin Paduka O.C. Phang telah meletakkan jawatan.PKFZ beroperasi di kawasan seluas 400 hektar di Pulau Indah, bersebelahan Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor,Malaysia. PKFZ mula beroperasi sejak 1 November 2007. PKFZ merupakan projek nasional. Kabinet meluluskan PKFZ pada 1999. Tujuannya untuk menyediakan infrastruktur untuk membantu pertumbuhan kargo di Pelabuhan Klang, menjana pertumbuhan ekonomi negara serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perkhidmatan sokongan serta aktiviti perniagaan sampingan.PKFZ telah menarik 30 pelabur bernilai RM725 juta. Pelabur tersebut ialah ker Kvaerner dari Norway, Score Asia, Azron Wallsystem, Veheng Auto Link (Asia), Nova Logistics, Biodiesel SP dan Oriental SP. LPK bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) bagi menjadikan PKFZ sebagai pusat pengedaran dan pengagihan serantau.PKFZ dikatakan projek yang berdaya maju kerana kendalian di West Port meningkat dari 1,000 kepada 2,000 kontena sebulan. [3]