Skim_Tanah_Kurnia_Rakyat_Jati_Katok_'A'

Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Katok 'A', juga dikenali sebagai Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Tungku Kawasan 3,[3] ialah sebuah kawasan perumahan awam di Daerah Brunei dan Muara, Brunei, kira-kira 11.2 kilometer (7.0 batu) dari ibu negara Bandar Seri Begawan.[1] Ianya merupakan salah satu kawasan perumahan di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati iaitu program perumahan kerajaan bagi rakyat jati (bumiputera) Brunei. Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Katok 'A' secara rasmi merupakan sebuah kampung di bawah Mukim Gadong 'A' dan ketua kampung semasa ialah Adanan bin Bagol.[1][2] Kawasan perumahan ini berkeluasan 69.15 hektar (170.9 ekar) dan mempunyai penduduk seramai 1,894 pada bulan Ogos 2015.[1] Poskod bagi Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Katok 'A' ialah BE2919.[4]

Skim_Tanah_Kurnia_Rakyat_Jati_Katok_'A'

Daerah Brunei-Muara
• Ketua kampung Adanan Bagol
• Kepadatan 2,700/km2 (7,100/batu persegi)
Mukim Gadong 'A'
Negara Brunei
Poskod
BE2919
• Jumlah 1,894