Aksara-aksara Skrip_lontara

Aksara-akasara lontara terdiri daripada 18 konsonan lontara dan satu vokal. Setiap konsonan mempunyai bunyi vokal /a/. Penyatuan antara konsonan bagi skrip ini adalah tidak wujud.Sebagai contoh, gabungan ᨉ (da), ᨕ (a) dan ᨊ (na) tidak akan menghasilkan 'dan' sebaliknya akan menghasilkan 'da-a-na'. Setiap konsonan diubah bunyinya dengan penggunaan tanda vokal.

Konsonan Lontara

Penamaan

Secara asasnya, penamaan konsonan-konsonan lontara adalah berdasarkan sebutannya. Bagi tanda vokal pula, mereka dipanggil ana sure' (IPA:ʔanaˡsurəʔ) dan setiap satunya dipanggil dengan bunyinya. Berikut adalah jadual bagi aksara-aksara lontara:

Konsonan lontara

Ka

Ga

Nga

Ngka

Pa

Ba

Ma

Mpa

Ta

Da

Na

Nra

Ca

Ja

Nya

Nca

Ya

Ra

La

Wa

Sa

A

Ha
Tanda vokal (ana sure')Tanda baca
◌ᨗ i◌ᨘ uᨙ◌ e◌ᨚ o◌ᨛ ə

Tanda baca

Skrip lontara mempunyai dua tanda baca unik iaitu pallawa lontara, '᨞' serta penutup perenggan, '᨟'. Fungsi pallawa adalah sama seperti tanda noktah serta tanda koma dalam huruf rumi. Penutup perenggan pula berfungsi sebagai noktah di penghujung perenggan atau bahagian.

Pada masa kini, tulisan-tulisan yang menggunakan skrip lontara turut menggunakan tanda-tanda baca latin seperti tanda koma (,), titik bertindih (:}, tanda soal (?), dan sebagainya.