Kegunaan SmartTAG

Tambang tol

Kegunaan utama SmartTAG adalah untuk membayar tambang tol melalui sistem kutipan tol elektronik pandu terus. Di Malaysia, terdapat dua jenis sistem tol iaitu sistem tol tertutup dan terbuka.

Sistem tol tertutup

Sistem tol tertutup memerlukan pengguna lebuhraya mengambil tiket transit di plaza tol masuk dan membuat bayaran tambang tol di plaza tol keluar. Kadar bayaran tambang tol ditentukan mengikut jarak pemanduan pengguna di lebuh raya. Bagi pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan SmartTAG, pengguna hanya perlu memandu masuk dan keluar di lorong pandu lalu SmartTAG di plaza-plaza tol yang berkenaan.

Panduan pembayaran

Berikut adalah panduan pembayaran tambang tol menggunakan SmartTAG di lebuh raya sistem tol tertutup.

Lorong SmartTAG di lebuh rayaPlaza Tol Masuk
  1. Pastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi
  2. Pasangkan SmartTAG pada alat pendakap di bahagian tengah cermin hadapan kenderaan
  3. Pandu masuk ke lorong SmartTAG yang dibuka
  4. Pastikan jarak keselamatan minimum 2 meter dari kenderaan di hadapan
  5. Kurangkan kelajuan kenderaan pada sekitar 20 km/j sebelum menghampiri zon pengimbas
  6. Tunggu SmartTAG mengeluarkan bunyi "beeb"
  7. Baki kad dipaparkan di panel paparan tambang tol
  8. Penghadang tol automatik akan terbuka
  9. Teruskan perjalanan
Plaza Tol Keluar
  1. Pandu masuk ke lorong SmartTAG yang dibuka
  2. Pastikan jarak keselamatan minimum 2 meter dari kenderaan di hadapan
  3. Kurangkan kelajuan kenderaan pada sekitar 20 km/j sebelum menghampiri zon pengimbas
  4. Tunggu SmartTAG mengeluarkan bunyi "beeb"
  5. Tambang tol dan baki kad baru dipaparkan di panel paparan tambang tol
  6. Penghadang tol automatik akan terbuka
  7. Teruskan perjalanan
Lebuh raya sistem tol tertutup

Berikut adalah senarai lebuh raya sistem tol tertutup yang menyediakan kemudahan SmartTAG.

Fail:Mes-e 1.png Fail:Mes-e 2.png Lebuhraya Utara-SelatanFail:Mes-e 1.png Lebuhraya Baru Lembah Klang Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah Lebuhraya Pantai Timur

Sistem tol terbuka

Sistem tol terbuka memerlukan pengguna lebuh raya membayar tambang tol di setiap plaza tol yang dilalui pengguna. Kadar tambang tol adalah kadar tetap yang ditentukan oleh pengendali lebuh raya. Bagi pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan SmartTAG, pengguna hanya perlu memandu masuk dan keluar di lorong pandu lalu SmartTAG di setiap plaza tol yang dilalui.

Panduan pembayaran

Berikut adalah panduan pembayaran tambang tol menggunakan SmartTAG di lebuh raya sistem tol terbuka.

Plaza Tol
  1. Pastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi
  2. Pasangkan SmartTAG pada alat pendakap di bahagian tengah cermin hadapan kenderaan
  3. Pandu masuk ke lorong SmartTAG yang dibuka
  4. Pastikan jarak keselamatan minimum 2 meter dari kenderaan di hadapan
  5. Kurangkan kelajuan kenderaan pada sekitar 20 km/j sebelum menghampiri zon pengimbas
  6. Tunggu SmartTAG mengeluarkan bunyi "beeb"
  7. Tambang tol dan baki kad baru dipaparkan di panel paparan tambang tol
  8. Penghadang tol otomatik akan terbuka
  9. Teruskan perjalanan
Lebuh raya sistem tol terbuka

Berikut adalah senarai lebuh raya sistem tol terbuka yang menyediakan kemudahan SmartTAG.

Fail:Mes-e 1.png Jambatan Pulau PinangFail:Mes-e 3.png Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura Lebuhraya Shah Alam Lebuhraya Cheras-Kajang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Lebuhraya Sungai Besi Lebuhraya Pantai Baru Lebuhraya Damansara-Puchong Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur Lebuhraya Butterworth-Kulim Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang Lebuhraya Penyuraian Trafik KL Barat Lebuhraya Seremban-Port Dickson Lebuhraya Koridor Guthrie Terowong SMART

Tambah nilai

SmartTAG berfungsi bersama dengan kad Touch 'n Go. Oleh yang demikian pengguna SmartTAG perlu memastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi bagi memastikan kelancaran sistem SmartTAG. Bagi kaedah tambah nilai kad Touch 'n Go, sila rujuk halaman Touch 'n Go.