Plot Sniper_(filem_2014)

Mengisahkan tentang Ahmad (Mikail Andre), seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat kerana masalah disiplin, Rafi (Fadlan Hazim) yang merupakan atlet penembak tepat dan juga Jim (Pablo Amirul). Mereka bertemu dalam satu permainan diberi nama “Bunuh” yang dicipta oleh seseorang yang tidak dikenali.

Dengan berbekalkan sepucuk sniper rifle dan beberapa butir peluru, mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing-masing. Tak cukup dengan itu, ada mata-mata yang memerhatikan setiap gerak-geri mereka tanpa disedari dan menunggu peluang untuk menghapuskan mereka.