Plot So_Dear_to_My_Heart

Berlatarkan negeri Indiana sekitar tahun 1903, So Dear to My Heart mengisahkan perjalanan Jeremiah Kincaid (Bobby Driscoll) untuk membesarkan anak biri-biri 'jaguhnya', iaitu Danny (yang dinamai sempena kuda lumba terkenal, Dan Patch yang juga digambarkan dalam filem ini). Impian Jeremiah untuk memperagakan Danny di Pike County Fair berdepan dengan bantahan dari neneknya (Beulah Bondi) yang penyayang tetapi tegas. Namun begitu, Jeremiah mendapat sokongan dari Uncle Hiram (Burl Ives).