Pertandingan So_You_Think_You_Can_Dance_(Musim_1)

Mulai 3 Mei 2007, para peserta yang layak ke pusingan ini akan membuat persembahan di kelab malam Ruums KL di hadapan para juri, serta penonton dalam studio dan di rumah. Setelah berakhirnya rutin berpasangan, empat (atua enam) orang peserta yang dinilai paling kurang memuaskan oleh para juri perlu melakukan rutin solo selama 30 saat bagi setiap orang, untuk meraih undian penonton. Pengundi diberi kira-kira 20 minit untuk mengundi, termasuk masa peserta menari secara solo diikuti dengan rancangan 8TV Quickie Dance Special yang disiarkan di Ruums KL adn studio Sri Pentas. Selepas itu, seorang peserta perempuan dan seorang peserta lelaki disingkirkan.

Grand finalé So You Think You Can Dance dijangka dilangsungkan di Ruums KL pada 29 Jun akan datang.

Berikut merupakan senarai pasangan yang bertanding pada pusingan pertama (menurut giliran kemunculan; diikuti tarian yang ditugaskan kepada mereka serta koreografer pelatih masing-masing), peserta individu "empat terbawah" (enam dalam episod-episod lanjut) yang menjalani pusingan kedua dan peserta yang disingkirkan bagi setiap minggu.

Minggu pertama (disiarkan 3 Mei 2007)

Peserta 10 teratas versi AS So You Think You Can Dance (musim kedua), Dmitry Chaplin membuat persembahan khas sebelum keputusan undian diumumkan.

Pusingan PertamaPusingan kedua
  1. Alice
  2. Shake (tersingkir)
  3. Azzy (tersingkir)
  4. Vish

Minggu kedua (disiarkan 10 Mei 2007)

Para peserta melalkuakn persembahan berkumpulan buat pertama kali sepanjang pertandingan, sejurus sebelum keputusan diumumkan.

Pusingan Pertama
  • Nikki dan Yuz: Kontemporari
  • Sue dan Isaac: Hip-hop
  • Brancy dan Sean: Sevillanas
  • Jo dan Jimmy: Kontemporari Malaysia
  • Noor dan Alam: Paso Doble
Pusingan kedua
  1. Davina (tersingkir)
  2. Sean (tersingkir)
  3. Alice
  4. Chris

Minggu ketiga (disiarkan 17 Mei 2007)

Pusingan pertama
  • Alice dan Chris: Kontemporari Malaysia
  • Nikki dan Yuz: Hip-hop
  • Noor dan Alam: Kontemporari
  • Brancy dan Firul: Kontemporari Malaysia
Pusingan kedua
  1. Chris (tersingkir)
  2. Alice (tersingkir)
  3. Jimmy
  4. Becky

Minggu keempat (disiarkan 24 Mei 2007)

Para peserta melakukan persembahan berkumpulan kedua mereka sepanjang pertandingan, kali ini pada permulaan episod ini.

Pusingan pertama
  • Orange dan Vish: Kontemporari Malaysia
  • Nikki dan Yuz: Broadway
  • Sue dan Isaac: Contemporary
  • Becky dan Dennis: Tango
  • Noor dan Alam: Hip-hop
  • Brancy dan Firul: Mambo
  • Jo dan Jimmy: Pop
Pusingan kedua
  1. Orange (tersingkir)
  2. Vish (tersingkir)
  3. Nikki
  4. Isaac

Minggu kelima (disiarkan 31 Mei 2007)

Minggu ini menyaksikan beberapa perubahan, iaitu penampilan Jehan Miskin membantu Juliana mengacarakan rancangan ini, kali pertama tema digunakan sepanjang pertandingan, iaitu Malaysiana di mana para penari mempersembahkan versi kontemporari bagi tarian tiga etnik utama di Malaysia, serta keputusan juri untuk mencari Enam Terbawah dan bukan Empat terbawah sebelumnya kerana "persaingan yang makin sengit".

Pusingan pertama
  • Becky dan Dennis: Kontemporari Melayu
  • Brancy dan Firul: Kontemporari Cina
  • Sue dan Isaac: Kontemporari India
  • Noor dan Alam: Kontemporari Cina
  • Nikki dan Yuz: Kontemporari Melayu
  • Jo dan Jimmy: Kontemporari India
Pusiangan kedua
  1. Isaac (tersingkir)
  2. Alam
  3. Noor
  4. Jimmy
  5. Becky
  6. Jo (tersingkir)

Minggu keenam (disiarkan 7 Jun 2007)

Minggu ini semua peserta ditukarkan pasangan mereka, dan setiap pasangan baru ini melakukan dua rutin.

Pusingan pertama
  • Sue dan Firul:
  1. Street jazz
  2. Kontemporari India
  • Brancy dan Dennis:
  1. Mambo
  2. Hip-hop
  • Noor dan Yuz
  1. Rock 'n Roll
  2. Kontemporari Melayu
  • Nikki dan Alam
  1. Hip-hop
  2. Salsa
  • Becky and Jimmy
  1. Kontemporari Melayu
  2. Dancehall
Pusingan kedua
  1. Brancy
  2. Firul (tersingkir)
  3. Nikki
  4. Dennis
  5. Becky (tersingkir)
  6. Alam

Minggu ketujuh (disiarkan 14 Jun 2007)

Pusingan pertama
  • Sue dan Jimmy
  1. Kontemporari
  2. Viennese Waltz
  • Brancy dan Dennis
  1. Street jazz
  2. Samba
  • Noor dan Yuz
  1. Broadway
  2. Kontemporari Melayu
  • Nikki dan Alam
  1. Kontemporari
  2. Hip-hop
Pusingan kedua
  1. Brancy
  2. Jimmy (tersingkir)
  3. Nikki (tersingkir)
  4. Noor
  5. Alam
  6. Dennis

Minggu kelapan (disiarkan 21 Jun 2007)

Pada malam separuh akhir, talian undian dibuka dari awal persembahan yang mana keenam-enam peserta melakukan rutin berpasangan dan solo, manakala semua peserta boleh memilih koreografer untuk tarian solo. Setelah penyingkiran dilakukan pada akhir persembahan ini, talian dibuka sekali lagi untuk keuputusan peringkat akhir.

Pusingan pertama
  • Sue and Alam - Kontemporari
  • Brancy and Dennis - Samba
  • Noor and Yuz: Latin ?
Pusingan kedua
  1. Sue: Kontemporari Melayu
  2. Alam: Kontemporari
  3. Dennis: Hip-hop
  4. Brancy: Kontemporari
  5. Yuz: Kontemporari India (tersingkir)
  6. Noor: Kontemporari (tersingkir)

Grand Finals (disiarkan 29 Jun 2007)

Malam bermula dengan sesi berkongsi kenangan sepanjang pertandingan, yang menampilkan sedutan imbasan kembali rancangan dan luahan hati para juri. Top 4, Alam, Dennis, Sue and Brancy, setiap satu melakukan dua rutin berpasangan (termasuk gandingan sama jantina yang julung kali dipertandingkan) dan satu solo. Grand Finals juga diserikan dengan 16 peserta lain yang tersingkir pada minggu-minggu terdahulu, serta juga persembahan berkumpulan oleh sekumpulan penari jig yang dilatih Judimar Hernandez, Joe Flizzow dan geng hip-hop the Kartel pimpinan beliau, dan Reshmonu serta iringan pemain gendang bhangra.

Pada 10.20 malam, Alam dinobatkan "Malaysia's Best Dancer", lalu meraih hadiah wang tunai RM50,000 dan satu peranan dalam projek teater akan datang pimpinan Datin Seri Tiara Jacquelina. Ketika persembahan solonya, Alam digelar oleh Ramli Ibrahim sebagai "Mawi dunia tarian".

Pusingan pertama
  • Dennis dan Alam - Hip-hop
  • Sue dan Brancy - Street jazz
  • Sue dan Dennis - Foxtrot
  • Brancy dan Alam - Kontemporari Melayu
Pusingan kedua
  1. Alam - Breakdancing
  2. Dennis - Paso Doble
  3. Sue - Ballet/Tango
  4. Brancy - Broadway Jazz

Berkaitan