Socrates

Socrates (470 - 399 SM; bahasa Greek: Σωκράτης Sōkrátēs) merupakan ahli falsafah Yunani yang diakui ramai sebagai pengasas falsafah Barat. Bukti tunggal terhadap kewujudannya hanya terdapat daripada rujukan-rujukan kepada beliau oleh orang-orang yang dikatakan merupakan pengikut-pengikutnya. Oleh itu, sesetengah orang telah menyoal tentang adakah Socrates benar-benar pernah wujud dan merujuk kepada pemerihalan cacat Plato mengenai kematian Socrates melalui peracunan. Tambahan pula, terdapat satu pola bahawa semua rujukan kepada Socrates berfungsi sebagai alat retorik yang digunakan, mula-mula oleh Aristotle dan kemudiannya oleh orang-orang lain seperti Plato, sebagai pengharapan terhadap orang yang berwibawa untuk memberikan tanggapan bahawa aliran hujah mereka disokong oleh seorang tokoh yang agung. Dikatakan seorang penduduk Athens, Socrates telah diperihalkan sebagai didapati bersalah oleh mahkamah Athens kerana tidak beriman dan merosakkan pemuda-pemudi Athens melalui ajarannya. Mereka yang memberikan pemerian ini mengatakan bahawa beliau diberikan pilihan untuk memilih buangan tetapi memilih kematian minum hemlok kerana beliau percaya bahawa buangan akan mengaibkan persetujuannya untuk mematuhi undang-undang Athens.