Dalil Solat_Sunat_Tarawih

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah sangat menggalakkan sembahyang Tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Baginda bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran daripada Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.[perlu rujukan]

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah mengerjakan sembahyang Tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat yang mengikutinya. Pada malam berikutnya, baginda mengerjakannya lagi di masjid; sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga, sahabat-sahabat berkumpul di masjid menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi baginda tidak hadir. Besok paginya, Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.[perlu rujukan]