Songs_of_Innocence_and_of_Experience
Songs_of_Innocence_and_of_Experience

Songs_of_Innocence_and_of_Experience

Songs of Innocence and of Experience: Shewing the Two Contrary States of the Human Soul (Lagu-Lagu Kesucian dan Pengalaman: Menunjukkan Dua Keadaan Berlawanan dalam Jiwa Insan) ialah dua buah buku puisi karya seorang pemuisi dan pelukis berbangsa Inggeris, William Blake. Walaupun Songs of Innocence mula-mula diterbitkan sendirinya pada tahun 1789, namun dipercayai bahawa Songs of Experience sentiasa diterbitkan bersama Innocence semenjak dilengkapkan pada tahun 1794.Kebanyakan puisi dalam Songs of Innocence ada padanannya dalam Songs of Experience dengan perspektif bertentangan terhadap dunia. Difahami bahawa ini timbul dari pudarnya kepercayaan Blake terhadap kemurnian insan pada akhir zaman Revolusi Perancis. Melalui karya-karya ini, Blake menunjukkan kepercayaan bahawa anak-anak hilang kesucian mellaui ekspolitasi, pendidikan dan agama, ketiga-tiganya mendahulukan dogma sebelum belas kasihan. Namun demikian, beliau tidak percaya bahawa kanak-kanak harus dihalang dari memperoleh pengalaman, sebaliknya puisi-puisinya ini mencerminkan pendiriannya bahawa setiap kanak-kanak berhak bebas meraih pengalaman melalui penemuan sendiri tanpa dibelenggui ketetapan generasi terdahulu.Dalam karya ini dan karya-karya seterusnya, Blake menunjukkan kepercayaannya bahawa kesucian dan pengalaman adalah "dua keadaan yang saling bertentangan dalam jiwa insan", serta bahawa kesucian itu dilengkapi, bukan dihakis, oleh pengalaman.