William_Blake
William_Blake

William_Blake

William Blake (28 November 1757–12 Ogos 1827) ialah seorang pemuisi, pelukis dan pencetak berbangsa Inggeris. Walaupun tidak dikenali ramai sepanjang hayatnya, Blake kini dipandang sebagai tokoh yang berpengaruh dalam sejarah puisi dan seni lukisan Zaman Romantik. Karya puisinya dikatakan membentuk "hasil puisi yang kurang sekali pembacanya dalam bahasa Inggeris dibandingkan dengan segi pencapaiannya"[1], manakala seni lukisnya telah disanjungi sebagai "pelukis terhebat sekali yang pernah dilahirkan oleh Britain" dari seorang pengulas moden.[2] Sungguhpun hanya sekali bersiar-siar di luar kota London untuk sehari sepanjang hayatnya,[3] namun beliau tetap telah meninggalkan sebuah korpus yang berkepelbagaian dan kaya dengan simbolik, yang memeluk imaginasi sebagai "jelmaan Tuhan",[4] atau "kewujudan Manusia sendiri".[5]