Kerjaya Sophia_Albarakbah

Sophia Albarakbah pertama kali menceburi dunia hiburan dengan menjayakan pelbagai iklan komersial semasa masih melanjutkan pelajarannya. Atas desakan seorang rakannya yang memintanya menghadiri ujibakat filem 18, beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan.[4] Sophia pertama kali menceburi bidang lakonan menerusi filem pertamanya, Miimaland yang dibintangi oleh Fattah Amin, dikeluarkan pada 24 September 2020. Beliau kemudian muncul pula menerusi filem Pasal Kau! yang ditayangkan di Netflix pada 1 Oktober. Sophia mendapat peranan lakonan TV pertamanya menerusi drama Astro Ria, Tercipta Satu Ikatan dengan memegang watak antagonis, Rissa. Ini diikuti oleh watak sebagai Bella dalam drama TV3, Hadiah Dari Tuhan.[5] Sophia juga pernah menjadi model untuk muzik video Danial Zaini, "Siti Bilang Cuti".