Sejarah Sosiologi

Sosiologi merupakan bidang kajian yang agak baru berbanding bidang sains social lain termasuk ekonomi, sains politik, antropologi dan psikologi.

Istilah ini dicipta oleh Auguste Comte, yang berharap untuk menyatukan semua kajian mengenai manusia -- termasuk sejarah , psychologi dan ekonomi. Skema sosiologinya merupakan yang biasa untuk abad ke-18; dia percaya semua kehidupan manusia melalui tahap sejarah yang jelas berbeza dan bahawa, sekiranya seseorang dapat memahami proses ini, seseorang itu dapat menghasilkan penawar bagi kesemua masalah penyakit sosial.

Akhirnya, sosiologi tidak menggantikan sains sosial yang lain, tetapi salah satu dari mereka, dengan penekanan tersendiri pada segi subject matter dan kaedah. Hari ini, kajian sosiologi mengkaji organisasi manusia dan institusi sosial, kebanyakannya melalui kaedah bandingan. Ia memusat terutamanya pada organisasi kompleks masyarakat pengilangan (industrial society).