Soyuz_TMA-03M
Soyuz_TMA-03M

Soyuz_TMA-03M

Soyuz TMA-03M Rusia ialah penerbangan angkasa lepas semasa ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Ia dilancarkan pada 21 Disember 2011 dari Tapak Satu di Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan, membawa tiga anggota Ekspedisi 30 ke ISS. TMA-03M merupakan penerbangan ke-112 kapal angkasa lepas Soyuz Rusia, sejak kali pertama pada 1967, dan kali ke-3 versi moden Soyuz-TMA-M.Soyuz TMA-03M berlabuh dengan Stesen Angkasa Antarabangsa pada 7:19 pm Waktu Moscow pada 23 Disember, tiga minit lebih awal daripada jadual.[4][5] Anak kapal Oleg Kononenko (Rusia, komander), André Kuipers (Belanda) dan Donald Pettit (A.S.) menyertai Dan Burbank, Anton Shkaplerov dan Anatoli Ivanishin yang telah berada di ISS sejak November 2011. Keenam-enam angkasawan ini membentuk Ekspedisi 30, dan kapal Soyuz TMA-03M ini dijangka kekal bersama mereka di sana dan berfungsi sebagai kenderaan kecemasan sekiranya perlu.

Rujukan

WikiPedia: Soyuz_TMA-03M http://www.space.com/14007-russian-rocket-launch-s... http://www.nasa.gov/home/hqnews/2009/oct/HQ_09-233... http://www.nasa.gov/mission_pages/station/structur... http://www.esa.int/SPECIALS/PromISSe/ http://www.esa.int/SPECIALS/PromISSe/SEMJTOBX9WG_0... http://www.esa.int/esaCP/SEMDZZUHYXF_index_0.html http://www.federalspace.ru/main.php?id=2&nid=18481 http://www.tvroscosmos.ru/frm/video/start112.php https://twitter.com/Astro_Andre https://twitter.com/Astro_Pettit