Sinopsis Spa_Q

Musim Pertama

Pada musim pertama, ia mengisahkan mengenai kehidupan Qistina, pemilik spa Q dan pelanggan-pelanggannya seperti Nora, Fatin dan Tania dan pekerjanya, Farah dan Alya.

Musim Kedua

Pada musim kedua, ia mengisahkan mengenai kehidupan Qistina selepas pemergian suaminya, dan kali ini lebih rumit kerana pelbagai masalah yang timbul di Spa Q, di rumahnya dan di dunia luar. Datin Sofiera telah menimbulkan pelbagai masalah dan petengkaran tanpa diketahui oleh sesiapa. Antaranya membuat Eryana membuka spa dan Eryana membenci kepada Qistina. Pada musim ini, Spa Q telah membuka cawangannya di Langkawi iaitu "Spa Q Langkawi" dengan penampilan khas Dato' Siti Nurhaliza yang merasmikan spa itu.