Spaniel
Spaniel

Spaniel

Spaniel (Jawi: سڤانيئل) ialah sejenis gundog. Perkataan "spaniel" dianggap berasal dari Sepanyol kerana perkataan spaniel mungkin diperoleh daripada "Hispania" (Semenanjung Iberia) atau mungkin daripada frasa Perancis "chiens de l'Espagnol" (anjing-anjing orang Sepanyol). Spaniel dibiakbakaan terutamanya untuk menggarah buruan dari semak padat. Menjelang hujung abad ke-17 spaniel dikhususkan kepada baka air dan darat. Spaniel air Inggeris yang pupus digunakan untuk mengutip unggas air yang ditembak jatuh dengan panah. Spaniel darat merupakan spaniel seter—yang merangkak dan menuding buruannya, membolehkan pemburu menjerat buruan dengan jaring, dan springer spaniel—yang tiba-tiba mengejutkan burung kuang dan partridge untuk pemburuan dengan falkon, dan arnab untuk pemburuan dengan greyhound. Pada abad ke-17, peranan spaniel berubah dengan mendadak sebaik orang Inggeris mula memburu dengan senapang batu untuk penembakan sayap. Charles Goodall dan Julia Gasow (1984)[1] menulis spaniel "berubah daripada penghalau buruan tidak terlatih dan liar kepada gundog licik dan cemerlang."