Perihal Spaniel_pemburu_Rusia

Spaniel Rusia anjing kecil dan tegap dengan lapis bulu pendek, ketat, dan bak sutera dengan jumbai pada telinga dan tungkai.[2][3] Warna dapat berbeza-beza dan dapat termasuk warna padu tanpa tanda-tanda putih, piebald, berbintik, hitam dan sawo matang, dan gabungan.[4] Kepala dan telinga juga biasanya gelap.

Spaniel Rusia menyerupai kokerspaniel Inggeris dengan tubuh yang serupa dengan susur galur padang bagi baka itu namun dengan telinga lebih panjang pada susur galur pertunjukan. Walau bagaimanapun, tubuh spaniel Rusia cenderung lebih panjang daripada tubuh kokerspaniel Inggeris dan baka ini hanya mempunyai satu susur galur dan bukan terpisah kepada susur galur pertunjukan dan susur galur pertunjukan dalam baka sama.[5]

Kedua-dua jantan dan betina baka ini berukuran pada purata seberat 28–40 lb (13–18 kg) dan setinggi sekitar 15–17 inci (38–43 cm) pada paras kelasa.[6] Ini menjadikannya serupa dari segi saiz atau lebih besar sedikit berbanding dengan kokerspaniel Inggeris yang berukuran hampir-hampir seberat 13–14.5 kg (29–32 lb) dan pada purata setinggi 15.5–16 inci (39–41 cm) dengan betina yang lebih kecil sedikit pada 15–15.5 inci (38–39 cm).[7]

Dengan tujuan utama pembiakbakaan sebagai anjing pemburu, matlamatnya adalah untuk menemukan burung, membuat burung itu terbang ke udara, dan kemudian mengutip burung itu menurut perintah selepas pemburu telah menembak buruan itu.[8] Spaniel Rusia sesuai untuk perburuan di tanah rawa, di padang, di hutan cerang, untuk burung serta arnab dan buruan kecil lain.[9] Baka ini juga popular di tanah airnya Rusia kerana saiz kecilnya menjadikannya sesuai untuk dibela di kota sibuk dan mudah diangkut ke tapak perburuan.[10]

Rujukan

WikiPedia: Spaniel_pemburu_Rusia http://russianspaniel-spb.com/video/sobaka.avi http://rkf.org.ru/wp-content/uploads/2020/07/russk... http://www.russianspaniel-spb.com/okr.html http://www.mooir-spaniel.narod.ru/sostyaz.htm http://www.thecockerspanielclub.co.uk/breedstandar... http://www.spanieljournal.com/aschroeder2.html http://www.russianspanielclub.org/aboutthebreed.cf... http://www.worldlydogs.com/russian_spaniel.php https://web.archive.org/web/20090512012524/http://... https://web.archive.org/web/20091203012054/http://...