Nama Sparta

Sparta umumnya dirujuk oleh orang Yuhani sebagai Lakedaimon (Λακεδαίμων) atau Lakedaimonia (Λακεδαιμονία). Nama-nama itulah yang biasa digunakan oleh Homer serta ahli-ahli sejarah Herodotus dan Thucydides dalam karya masing-masing. Bagaimanapun, Herodotus hanya menggunakan nama Lakedaimon dan bagi sesetengah bahagian karyanya, dia kelihatan menggunakan nama itu untuk merujuk kepada kubu kota Yunani dan bukan kepada kawasan Sparta Bawah. Kawasan penara di sebelah timur banjaran gunung Taygetus yang berhampiran dengan bandar Sparta umumnya dirujuk sebagai Lakonia. Istilah ini kekadang juga digunakan untuk merujuk kepada semua kawasan yang dikuasai oleh Sparta secara langsung, termasuk Messenia.

Dalam mitologi Yunani, Lakedaimon ialah raja negara yang dinamai sempena nama sendiri. Dia anak lelaki Zeus yang dilahirkan oleh nimfa Taygete. Lakedaimon mengahwini Sparta, anak perempuan Eurotas, dan melahirkan Amyclas, Eurydice, dan Asine. Ibu kotanya dinamai sempena nama permaisurinya. Lakedaimon dipercayai membina tempat suci Charites yang terletak di antara Sparta dan Amyclae untuk mentahbiskan kepada dewi Cleta dan Phaenna. Sebuah tempat suci kemudian dibina dan ditahbiskan kepada Lakedaimon di sekitar Therapnes.

Lacedaemon kini merupakan nama provinsi yang terletak di prefektur Laconia.