Speedrun

Speedrun ialah proses menyelesaikan permainan video dalam talian atau luar talian dalam waktu yang singkat. Amalan ini diperkirakan mulai muncul seiring dengan perkembangan teknologi Internet dan permainan video Doom pada 1993. Semenjak itu, banyak pemain yang mulai menerokai aktiviti yang popular ini sampai-sampai menjadikannya sebagai sebuah budaya tersendiri.[1][2]Speedrunner biasanya memanfaatkan bug dan gangguan kerosakan permainan video dalam permainan untuk mencapai masa rekod yang mereka mahukan. Hampir semua orang dalam komuniti speedrun bersetuju bahawa menggunakan kesalahan permainan video atau bug tidak menipu kerana tidak memerlukan perkakasan atau perisian tambahan.