Penerbitan Spilt_Gravy_On_Rice

Sebelum diterjemah ke layar perak, Spilt Gravy On Rice merupakan drama pentas yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pengarah Terbaik (Zahim Albakri), Skrip Asal Terbaik (Jit Murad), Penataan Cahaya Terbaik (Mac Chan) dan Anugerah Pilihan Penonton di Anugerah Seni BOH Cameronian yang pertama pada tahun 2002.[1]

Filem ini menjalani penggambaran di kediaman keluarga Zahim sendiri, yang telah dirobohkan sejurus selepas filem ini disiapkan.[2]