Stadium_Besbol_Daejeon_Hanbat
Stadium_Besbol_Daejeon_Hanbat

Stadium_Besbol_Daejeon_Hanbat

Stadium Besbol Daejeon Hanbat, juga dikenali sebagai Hanwha Life Eagles Park atas sebab penajaan, merupakan stadium besbol yang terletak di Daejeon, Korea Selatan. Stadium ini terletak di Kompleks Sukan Daejeon Hanbat bersama fasiliti sukan utama lain di Daejeon dan ia lebih digunakan sebagai gelanggang bagi pasukan KBO League, Hanwha Eagles.Stadium yang dibina pada 1964 ini pernah sekali digelar "Meja Ping-Pong"[5] kerana memiliki dimensi outfield terkecil berbanding stadium besbol lain yang terdapat di Korea Selatan. Namun begitu, stadium ini menjalani siri penaiktarafan besar-besaran dengan perluasan kapasiti dari musim sejuk 2011 sehingga musim bunga 2012 manakala outfield pula telah diperluaskan pada musim sejuk 2012.[6] Setelah penaiktarafan, stadium ini memiliki dimensi outfield kedua terbesar di Korea Selatan pada masa itu dan mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 13,000.[7]Dari tahun 1982 sehingga 1984, stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan OB Bears. Pada tahun 1986, pasukan Binggrae Eagles melakukan debut sebagai pasukan KBO ketujuh dan menggunakan stadium ini sebagai gelanggang permainan mereka.

Stadium_Besbol_Daejeon_Hanbat

Pecah tanah September 1959 (1959-09)[1]
Pemilik Bandar Metropolitan Daejeon
Lokasi 373 Daejong-ro, Busa-dong
Jung-gu, Daejeon, Korea Selatan
Dibuka Ogos 1963 (1963-08) (perlawanan persahabatan)[2]
Januari 1964 (1964-01) (siap)[3]
Diperbesarkan Mei 2012 (2012-05)[4]
Kapasiti 13,000
Diubahsuai Mac 1996 (1996-03)
Mei 2012 (2012-05)
Kos pembinaan 12.6 bilion won
Koordinat 36°19′01.7″N 127°25′44.7″E / 36.317139°N 127.429083°E / 36.317139; 127.429083Koordinat: 36°19′01.7″N 127°25′44.7″E / 36.317139°N 127.429083°E / 36.317139; 127.429083
Dimensi padang Garisan Kiri Padang – 100 m (328 ka)
Kiri-Pusat – 112 m (367 ka)
Pusat Padang – 122 m (400 ka)
Kanan-Pusat – 112 m (367 ka)
Garisan Kanan Padang – 100 m (328 ka)
Tinggi Tembok Outfield – 3.2 m (10.5 ka)
Permukaan Grass
Pengendali Hanwha Eagles