Stadium_Majlis_Perbandaran_Selayang

Stadium MPS adalah stadium pelbagai guna di Selayang, Selangor, Malaysia. Ia dimiliki oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).Ia kini digunakan kebanyakannya untuk perlawanan Bola sepak dan Pasukan Selangor FA menjadikan Stadium ini sebagai "rumah" untuk perlawanan Liga Super.Pembinaan Stadium MPS ini bertujuan untuk menyediakan pusat kegiatan sukan dan aktiviti yang berkaitan.Cadangan pembinaan ini melibatkan kos anggaran RM25 juta dan ianya dibahagikan kepada 3 pakej.Pelan di sebelah merupakan rangka stadium MPS yang mula dibina sejak bulan September 1997 .Stadium ini yang boleh memuatkan 10,000 penonton dalam satu masa ini telah siap dibina pada bulan September 1999 dan telah dirasmikan pada 26hb November 1999 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Abu Hassan Omar Menteri Besar Selangor ketika itu.