Stadium_Perak
Stadium_Perak

Stadium_Perak

Stadium Perak merupakan sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Kampung Simee, Ipoh, Negeri Perak, Malaysia. Kemudahan sukan yang berdekatan ialah Stadium Indera Mulia, Stadium Hoki Sultan Azlan Shah dan Velodrom Rakyat.Sebelum pembinaan stadium ini, tapak stadium ini pernah menjadi tapak pembinaan antara salah sebuah penjara terawal di negeri Perak yang dikenali sebagai Detention Camp dari tahun 1949 hingga 1959. Pusat tahanan ini menempatkan pesalah dan ahli komunis semasa zaman Darurat di Malaya.[2]Stadium Perak boleh memuatkan antara 20,000 hingga 42,500 orang (tanpa tempat duduk).[3] Pelbagai acara sukan, kebudayaan dan lain-lain telah diadakan di sini khususnya acara peringkat negeri Perak. Antaranya sambutan Hari Kemerdekaan, Sukan Malaysia, pertandingan bola sepak dan lain-lain.Stadium Perak juga merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukan Liga Super Malaysia Perak.[4]Ia turut memiliki trek lari sintetik yang mematuhi piawian Persatuan Atletik Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation-IAAF) yang disiapkan dengan kos RM1,949,000.