Sejarah Stadium_Putra

Pada 15 Ogos 2009 , Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima telah diberi penghormatan untuk merasmikan majlis pembukaan Sukan Para Asean 2009 yang telah diadakan di Stadium Putra. Majlis penutup yang berlangsung pada 19 Ogos 2009 turut dihadiri dan dirasmikan oleh YB Dato' Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu.

Pada 31 Ogos 2010 Stadium Putra telah dipilih sebagai venue untuk Sambutan Hari Merdeka yang ke-53. Ini adalah kali pertama Sambutan Hari Kemerdekaan disambut di tempat yang tertutup kerana berlangsung pada bulan Ramadhan.