Staedtler

Staedtler Mars GmbH & Co. KG (Sebutan bahasa Melayu: [ˈʃtɛtlɐ]; dijenamakan sebagai Staedtler) ialah syarikat instrumen penulisan Jerman dan pengilang dan pembekal alat lukisan, artis, dan teknik kejuruteraan. Firma itu diasaskan oleh J.S. Staedtler pada tahun 1835 dan menghasilkan pelbagai jenis instrumen penulisan, termasuk penyusun draf, pensil pendorong, pen profesional dan pensil kayu piawai.[1] Ia juga menghasilkan pemadam, pembaris, kompas dan pelbagai peralatan tulisan/lukisan. Staedtler mendakwa sebagai pengeluar terbesar Eropah bagi pensil kayu, pena OHP, pensil mekanikal, pemadam, dan tanah liat.[2] Staedtler mempunyai 20 anak syarikat global dan tujuh kemudahan pengilangan.[3] Lebih 85% daripada pengeluaran dibuat di ibu pejabat di Nuremberg, walaupun beberapa produknya dibuat di Jepun. Pensil "Noris" keluarannya amat terkenal di sekolah-sekolah British.[4]Pensil pertama dibuat pada tahun 1662 oleh Friederich Staedtler. Dan pada 1683, Staedtler dinamakan pembuat pensil pertama di dunia. Selepas Revolusi Perindustrian, generasi ke-3 keluarga Staedtler, Johan Sebastian Staedtler meneruskan kerja-kerja nenek moyangnya dengan mendirikan kilang pensil pertama dunia yang terletak di Bandar Nuremberg, Jerman pada tahun 1835, serta menjadikan pensil warna pertama di dunia pada tahun 1834. Kilang Pensil bernama JS Staedtler.

Staedtler

Industri Alat tulis
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Bilangan pekerja 3,000
Perancang utama Axel Marx (Pengarah Urusan)
Ibu pejabat Nuremberg, Jerman
Pengasas J.S. Staedtler
Laman sesawang staedtler.com
Keluaran Peralatan teknik tulisan
Ditubuhkan 3 Oktober 1835; 184 tahun yang lalu (1835-10-03)
Jenis Swasta