Stalinisme

Stalinisme merujuk kepada cara memerintah yang dibangunkan antara tahun-tahun 1927 hingga 1953 oleh Josef Stalin (1878–1953) serta polisi-polisi yang berkaitan dengannya di Kesatuan Soviet. Polisi-polisi ini termasuk industrialisasi pesat, teori sosialisme dalam sebuah negara, pemerintahan yang totalitarian, pengumpulan kerja pertanian, kultus individu[1][2] serta keakuran atau ketundukan parti-parti komunis asing kepada kepentingan Parti Komunis Kesatuan Soviet yang dianggap sebagai parti pelopor revolusi komunis pada ketika itu.[3]Fahaman ini menggalakan konflik kelas melalui penggunaan kekerasan pemerintah untuk menyingkirkan borjuis masyarakat yang dianggap sebagai ancaman kepada pencapaian suatu revolusi komunis yang lengkap. Polisi ini menyebabkan kepada terdorongnya keganasan politik dan penindasan kepada golongan dan individu tertentu yang dianggap sebagai ancaman sebegini.[4] bukan sahaja dalan kalangan borjuis tetapi, juga kelas pekerja dengan rasa sentimen yang menentang revolusioner.[5]