Stanley_Kubrick
Stanley_Kubrick

Stanley_Kubrick

Stanley Kubrick [ˈkuːbrɪk, staen-li ku-brik] (26 Julai 1928 – 7 Mac 1999) ialah seorang pengarah filem, penulis skrip, dan penerbit dari Amerika Syarikat. Beliau sering disebut sebagai salah seorang pengarah terkenal dan paling berpengaruh dalam sejarah perfileman. Kebanyakan filem-filemnya -yang merupakan adaptasi novel atau cerita pendek - merangkumi pelbagai jenis genre, dan terkenal dengan realisme, humor gelap, sinematografi yang unik, reka bentuk set yang luas, dan penggunaan muzik evokatif.