Menu
Star_Film_(Perancis) SejarahPada 28 Disember 1895, Méliès menghadiri pertunjukkan pertama teknologi kamera Kinetoscope oleh para pelopornya, Auguste & Louis Lumière di 14 Boulevard des Capucines di Paris. Méliès, segera mendekati Antoine Lumière dan menawarkan untuk membeli sebuah projektor Lumière untuk percubaannya sendiri; namun Antoine enggan bervuat demikian meskipun berulangkali Méliès terus membuat tawaran selepas itu.[2] Méliès seterusnya beralih berjumpa Robert W. Paul di United Kingdom - beliau berjaya memperoleh projektor Animatographe dari Paul pada Februari 1896, dengan sebanyak ₣1,000 disertakan koleksi filem pendek sesetengahnya oleh Paul manakala beberapa yang lain oleh Edison Studios. Méliès menayangkan filem-filem dibelinya ini di teater ilusinya, Théâtre Robert-Houdin, pada April 1896. [2]
Tanda dagangan Star Film pada kad tajuk untuk The Impossible VoyageSementara itu, setelah mempelajari prinsip-prinsip bagaimana projektor Paul berfungsi, Méliès mereka kamera buatannya sendiri dengan bantuan seorang mekanik, Lucien Korsten di bengkel teater menggunakan bahagian-bahagian mesin ilusi terawalnya yang dikitar semula. Pada 2 September 1896, Méliès, Korsten, dan seorang rakan sekutu, Lucien Reulos, memperoleh paten atas kerja mereka yang dirasmikan sebagai Kinétograph, dan pada 2 Disember Méliès mencipta jenama Star Film, dengan slogan "The Whole World Within Reach" ("Seluruh Dunia Dalam Jangkauan." [3]
Menu
Star_Film_(Perancis) SejarahBerkaitan
Star Alliance StarCraft Star Trek Starlux Airlines Starbucks StarFlyer Star Wars: The Last Jedi Star Trek (filem) Star Studios Starship EntertainmentRujukan
WikiPedia: Star_Film_(Perancis) https://id.loc.gov/authorities/names/n94058861 https://d-nb.info/gnd/4443712-2 https://viaf.org/viaf/135024469 https://www.wikidata.org/wiki/Q3496952#identifiers https://www.worldcat.org/identities/lccn-n94058861...