Tingkat Starhill_Gallery

Apa yang menarik dengan Starhill Gallery ialah tingkat-tingkatnya diberi nama sempena tema yang ditampilkan masing-masing, berbeza sekali dengan pusat beli-belah lain yang sekadar menggunakan nombor dan huruf singkatan (3, 2, 1, G, LG dsb). Walaupun begitu, nombor tingkat masih digunakan untuk mengisi nombor lot untuk tujuan menulis alamat kedai, cth. kedai Maurice Lacroix beralamat "UG27, Adorn Floor, Starhill Gallery", iaitu di lot ke-27 tingkat Adorn (UG).[2]

Skim Tingkat Starhill Gallery
NamaNo.Huraian
Muse4Galeri seni
Relish3Kawasan restoran dan istirahat
Pamper2Khidmat penjagaan kecantikan dan kesihatan
Explore1Barang kemas dan fesyen
AdornUGJam tangan
IndulgeGJenama fesyen terkemuka
FeastLGRestoran dan tempat makan