Stari_Most
Stari_Most

Stari_Most

Stari Most (bahasa Melayu: Jambatan Lama) adalah sebuah jambatan Uthmaniyyah kurun ke-16 yang terletak di bandar Mostar di Bosnia dan Herzegovina. Ia merentangi sungai Neretva dan dua bahagian bandar ini. Stari Most digunakan selama 427 tahun sebelum dimusnahkan pada 9 November 1993 oleh tentera Croat semasa Perang Bosnia-Croatia. Satu projek untuk pembinaan semula telah dilakukan dan jambatan ini dibuka semula pada 23 Julai 2004.Stari Most merupakan salah satu mercu tanda Bosnia yang paling terkenal, dan dianggap sebagai contoh senibina Islam Balkan. Ia direka oleh Mimar Hayruddin, seorang murid dan perantis kepada arkitek terkenal Mimar Sinan.[1][2][3][4]

Stari_Most

Panjang keseluruhan 29 meter
Lebar 4 meter
Koordinat 43°20′14″N 17°48′55″E / 43.3371°N 17.81528°E / 43.3371; 17.81528Koordinat: 43°20′14″N 17°48′55″E / 43.3371°N 17.81528°E / 43.3371; 17.81528
Kriteria vi
Menyeberangi Neretva
Dibuka 1566/1567/2004
Lokasi Mostar, Bosnia dan Herzegovina
Wilayah Eropah dan Amerika Utara
Penetapan 2005 (sesi ke-29)
Parti Negara  Bosnia dan Herzegovina
Kelegaan di bawah 20 meter pada rentangan di tengah-tengah
Membawa Jejantas
Reka bentuk Gerbang
Nama rasmi Kawasan Jambatan Lama di Bandar Lama Mostar
Jenis Budaya
Nombor Rujukan 946