Start-Up

Start-Up (Hangul: 스타트업; RR: Seutateueop) adalah siri televisyen Korea Selatan yang dibintangi oleh Bae Suzy, Nam Joo-hyuk, Kim Seon-ho dan Kang Han-na.[1] Siri ini berkisar pada wanita yang mempunyai impian untuk menjadi usahawan seperti Steve Jobs, seorang lelaki yang secara rahsia menjadi cinta pertamanya, dan seorang lelaki lain yang berpura-pura menjadi cinta pertamanya.[2] Ia disiarkan di tvN dari 17 Oktober hingga 6 Disember 2020, setiap hari Sabtu dan Ahad jam 21:00 (KST). Ia tersedia untuk streaming di Netflix.[3]