Sejarah Stesen_Kereta_Api_Melalap

Pada tahun 1900-an, seperti kebanyakan kawasan di Bahagian Pantai Barat, Sabah; sebahagian besar kawasan di Melalap telah ditanam dengan pokok getah.[1] Sebuah lalu kereta api ke Melalap kemudiannya telah dibina oleh seorang jurutera Inggeris, Arthur J. West menggunakan buruh asing dari China yang terdiri daripada masyarakat Hakka dan Kantonis.[2][3] Laluan kereta api tersebut siap pada tahun 1906 untuk mengangkut barang dan juga membawa orang ke bandar-bandar besar.[4] Laluan tersebut telah dibuka pada 1 Ogos 1914.[4] Namun begitu, disebabkan oleh perubahan ekonomi di sekitar Melalap, laluan kereta api tersebut telah ditutup dan perkhimatannya telah ditamatkan pada tahun 1970-1971.[5] Stesen kereta api ini akhirnya ditutupi dengan semak akibat tidak dilakukan apa-apa melainkan beberapa percubaan menyelamatkannya namun gagal kerana kekurangan peruntukan dan sokongan.[1]

Pemuliharaan

Pada tahun 2016, hasil usaha seorang sukarelawan, Richard Ker yang juga merupakan pengasas Persatuan Sejarah Borneo Utara, kawasan stesen tersebut telah dibersihkan dan dibaiki serta pelancaran kempen #SaveMelalapStation (#SelamatkanStesenMelalap) sebagai sebahagian usaha kumpulan tersebutan untuk melindungi kesemua struktur sejarah di Sabah.[6] Ia turut dibiayai oleh syarikat-syarikat besar dan lain-lain parti yang turut menyumbangkan untuk pengumpulan data bagi menyelamatkan stesen ini.[7] Pada 9 Mac 2017, stesen ini telah diwartakan sebagai sebahagian daripada tapak sejarah oleh kerajaan Sabah.[4] Timbalan Ketua Menteri, Joseph Pairin Kitingan berkata pada 20 Mac 2017 bahawa bangunan stesen lama juga perlu diperlihara sebagai Warisan Negara.[8]

Rujukan

WikiPedia: Stesen_Kereta_Api_Melalap http://searail.malayanrailways.com/Borneo/NBR2013.... http://www.theborneopost.com/2017/03/10/sabahs-fir... http://www.theborneopost.com/2017/03/22/melalap-ra... http://www.persee.fr/doc/arch_0044-8613_1999_num_5... http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=111... http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/07/06/o... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Stese... http://www.internationalsteam.co.uk/trains/borneo.... https://www.northborneohistory.com/melalap-station... https://web.archive.org/web/20130328052920/http://...