Kejadian Stesen_MRT_Tampines

Kegangguan Perkhidmatan 2003

Pada 8 Ogos 2003, sebuah keretapi ke arah Boon Lay mengalami keputusan elektrik pada 10.13pm dan berhenti di landasan antara Pasir Ris dan Tampines. Keretapi yang kosong digunakan untuk menarik keretapi tersebut ke stesen Tampines dan perkhidmatan bermula semula pada 10.35pm.

21 minit nanti, elektrik diputuskan lagi, sekarang di bentangan sama, tetapi di kedua-dua arah. Pekerja-pekerja boleh sahaja membaiki landasan untuk perkhidmatan ke Pasir Ris sebelum stesen ditutup. 73 penumpang terperangkap di keretapi ke barat.

Pada kedua-dua kelewatan, perkhidmatan ke timur berhenti di Tampines.

Kegangguan Perkhidmatan 2007

Kira-kira 8:58am pada 19 April 2007, sebahagian landasan dari Tampines ke Pasir Ris tidak berfungsi dengan betul. Apabila masalah tersebut sedang diperbaikikan, pekerja-pekerja SMRT terpaksa mengosongkan stesen Pasir Ris. Sebagai kesan, semua keretapi ke timur hendaklah berhenti perkhidmatan di Tampines dan berpusing balik ke Boon Lay. Penumpang-penumpang yang dilibatkan boleh mengambil perbayaran mereka balik di kaunter-kaunter TransitLink dalam masa 3 hari. Perkhidmatan biasa menyambung pada 9.28am.

Kecederaan 2007

Pada 11.00am 7 Mei 2007, seorang lelaki berumur kira-kira 50 tahun terketuk kepalanya di keretapi yand sedang datang dan dapat kakinya terperangkap di dalam jurang antara platform dan keretapi. Perkhidmatan ke barat ditangguh untuk 8 minit.[1]

Kematian 2007

Pada 7 Ogos 2007, seorang lelaki Cina yang berumur 48 tahun terjatuh ke atas landasan ke barat. Dia telah diumumkan mati pada 6.45pm.

Kegangguan Perkhidmatan 2008

Pada 21 Januari 2008, sebuah keretapi digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang memperbaiki landasan dari Tampines ke Simei berosak, menyebabkan ketangguhan perkhidmatan dari Pasir Ris ke Tanah Merah dari 5.28am sehingga 12.45pm ke kedua-dua arah, terlibatkan 57,000 komuter.[2]