Sejarah Stesen_Maluri

Stesen LRT STAR (kini Laluan Ampang) Maluri dibuka pada 16 Disember 1996 sebagai sebahagian daripada fasa pertama Laluan STAR diantara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail.[2][3] Jajaran LRT STAR antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[4]

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) mula berkhidmat di stesen ini pada 17 Julai 2017 selepas pembukaan fasa kedua laluan ini dari stesen Muzium Negara ke stesen Kajang.[5] Pada masa yang sama, sebuah jejambat pejalan kaki dan eskalator menghubungkan kawasan berbayar kedua-dua stesen dibuka, memudahkan penumpang untuk menukar diantara Laluan Ampang dan Laluan SBK tanpa membeli tiket baharu.

Rujukan

WikiPedia: Stesen_Maluri http://www.thestar.com.my/metro/story.asp?file=/20... http://www.thestar.com.my/news/education/2016/05/0... http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/09/s... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S... https://www.sydneytramwaymuseum.com.au/members.old... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-sungai-bul... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/perjalanan-mrt/pa... https://www.thestar.com.my/business/business-news/... https://www.thestar.com.my/news/community/2011/07/...