Sejarah Stesen_Pasar_Seni

Stesen ini secara rasminya dibuka pada 1 September 1998 yang menempatkaan perkhidmatan PUTRA LRT (kini Laluan Kelana Jaya) ke stesen Kelana Jaya. Semasa pembukaan, stesen ini merupakan terminus utara bagi perkhidmatan PUTRA LRT. Hampir setahun kemudian, perkhidmatan PUTRA LRT disambung ke utara sehingga stesen Terminal PUTRA (kini stesen Gombak).[1]

Hab Bas Pasar Seni, terletak dibawah bagunan stesen LRT Pasar Seni, melalui proses pengubaisuaian selepas beroperasi selama 30 tahun. Hab baharu ini dibuka pada 18 Mac 2014 dimana terdapat enam platform dan sembilan Passenger Information System (Inggeris; Melayu: Sistem Maklumat Penumpang) bagi menampung puluhan laluan bas dan menambah keselesaan pengguna Rapid Bus.[2] Pada Jun 2016, sebuah laluan pejalan kaki telah dibuka kepadaa awam yang menghubungkan aras legar LRT Pasar Seni dengan Kompleks Dayabumi dan Bagunan Pos Besar Kuala Lumpur.[3]

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang mula berkhidmat di stesen ini pada 17 Julai 2017 selepas pembukaan fasa kedua laluan ini dari stesen Muzium Negara ke stesen Kajang.[4] Pada masa yang sama, sebuah jejambat pejalan kaki dan eskalator menghubungkan kawasan berbayar kedua-dua stesen dibuka, memudahkan penumpang untuk menukar diantara Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sungai Buloh-Kajang tanpa membeli tiket baharu. Stesen bawah tanah MRT ini dibina di tapak yang dahulunya digunapakai oleh Hentian Bas Klang, Kompleks Plaza Wawasan dan Pusat Membeli Belah UO. Ketiga-tiga bagunan ini telah dimusnahkan pada 2012 untuk kerja-kerja pembinaan stesen MRT.[5]

Rujukan

WikiPedia: Stesen_Pasar_Seni http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/09/s... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-sungai-bul... https://www.myrapid.com.my/clients/Myrapid_Prasara... https://www.thestar.com.my/metro/community/2015/08... https://www.thestar.com.my/metro/community/2016/06... https://www.thestar.com.my/news/community/2011/10/... https://www.thesundaily.my/archive/1070248-ARARCH2... https://web.archive.org/web/20170425154549/http://...