Stesen_Satelit_Bumi_Kuantan

Stesen Satelit Bumi Kuantan terletak dekat Pantai Beserah, Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia dikendalikan oleh Jabatan Telekom, yang telah bertukar nama kepada Telekom Malaysia Berhad (TM) selepas ia telah diswastakan. Stesen satelit ini siap pada 1970.Tujuan utama stesen satelit bumi ini ialah meningkatkan hubungan telefon dan siaran televisyen antarabangsa. Televisyen Malaysia yang dimulakan pada 1963 dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia.Projek yang terletak di kawasan seluas 148.2 hektar itu berharga 6.6 juta adalah untuk membekalkan alat-alat pembinaan stesen satelit di Kuantan.