Stesen_keretapi_Bukit_Mertajam
Stesen_keretapi_Bukit_Mertajam

Stesen_keretapi_Bukit_Mertajam

Stesen keretapi Bukit Mertajam merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar.Melalui proses menaiktaraf jalan keretapi yang menghubungkan Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia melalui pembinaan Trek Berkembar atau Double Track, stesen keretapi Bukit Mertajam yang dahulunya terletak di pekan Bukit Mertajam, kini telah dipindahkan di Kampung Permatang Rawa, Bukit Mertajam. Perpindahan stesen Keretapi Bukit Mertajam ke kawasan yang baharu disebabkan pembesaran dan pembinaan stesen yang moden selain kemudahan- kemudahan yang lebih mesra pengguna. Selain daripada itu, stesen baharu ini juga lebih terarah pengstrukturan semula bandar Bukit Mertajam ke tempat baharu iaitu berhampiran dengan Bandar Perda, sebuah bandar terancang yang dibangunkan oleh Penang Regional Development Authority (PERDA) iaitu sebuah badan kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri.Dengan pengstrukturan semula bandar Bukit Mertajam, jalinan perhubungan jalan akan lebih selesa, maju dan tersusun pada masa hadapan seterusnya memberi keselesaan kepada penduduk Bukit Mertajam dan kawasan sekitarnya.