Stoma
Stoma

Stoma

Dalam botani, stoma (daripada perkataan Yunani, στόμα, "mulut"),[1] merupakan suatu liang di epidermis daun, batang atau organ-organ tumbuhan yang lain yang membenarkan pertukaran gas. Liang ini dikawal oleh sel-sel parenkima khusus iaitu sel pengawal yang mengawal saiz bukaan liang stoma.Udara memasuki tumbuhan melalui bukaan-bukaan ini melalui resapan gas. Gas ini terdiri daripada karbon dioksida dan oksigen yang digunakan dalam fotosintesis dan respirasi. Oksigen yang dihasilkan sebagai hasil sampingan fotosintesis keluar melalui liang-liang yang sama. Wap air pula keluar melalui liang-liang stoma ke persekitaran dalam proses yang dipanggil sebagai transpirasi.Saiz stoma berbeza mengikut spesis, dengan panjang stoma biasanya antara 10 ke 80 µm dan lebar antara beberapa hingga 50 µm.[2] stoma akan tertutup pada waktu siang dan terbuka pada waktu malam.