Straight_edge

Straight edge (kadangkala disingkatkan kepada sXe ataupun ditandakan dengan XXX atau X) ialah subbudaya hardcore punk yang mana penyokongnya menahan diri daripada penggunaan alkohol, tobako dan lain-lain dadah rekreasi, sebagai tindak balas kepada subbudaya punk yang berlebihan. Bagi sesetengah orang, perlakuan ini termasuklah menahan diri daripada melakukan persetubuhan secara rambang, mengikuti diet vegetarian atau vegan, dan/atau tidak menggunakan kafeina atau ubat preskripsi. Terma straight edge diguna pakai daripada lagu 1981, "Straight Edge" oleh kugiran hardcore punk, Minor Threat. Ross Haenfler menulis bahawasehingga lewat 1990-an, anggaran tiga daripada empat orang peserta straight edge ialah orang vegetarian atau vegan. Walaupun aspek kebiasaan yang diluahkan subbudaya straight edge ialah penahanan diri daripada alkohol, nikotina, dan dadah, terdapat beberapa ragam tentang penafsiran "menahan diri daripada minuman keras" atau "hidup bebas dadah". Perselisihan selalu muncul tentang sebab utama hidup dengan budaya straight edge. Politik straight edge adalah sayap kiri dan revolusioner akan tetapi terdapat cabang-cabang konservatif.Pada tahun 1999, William Tsitsos menulis bahawa straight edge telah melalui tiga era sejak penubuhannya ketika awal 1980-an. Bent edge bermula sebagai gerakan balas menentang straight edge oleh ahli hardcore bahagian Washinton, D,C yang kecewa oleh ketegaran dan sikap tidak bertoleran di situ. Semasa era youth crew yang bermula pada pertengahan 1980-an, pengaruh muzik terhadap dunia straight edge sangatlah tinggi. Ketika 1990-an, orang straight edge militan merupakan pecahan dunia punk yang terkenal. Pada awal hingga pertengahan 1990-an, straight edge merbak dai Amerika Syarikat ke Eropah Utara, Timur Tengah, dan Amerika Selatan. Menjelang awal 2000-an, orang punk straight edge militan kebanyakannya telah meninggalkan budaya dan gerakan staright edge yang lebih luas.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.