Streptopelia
Streptopelia

Streptopelia

Sekitar 15 spesies, lihat teksStreptopelia adalah satu genus burung tekukur berkolar dalam keluarga Columbidae. Nama Streptopelia berasal daripada perkataan Greek Tua streptos, "kolar" dan peleia, "tekukur".[1] Spesies burung dalam genus ini berbentuk ramping, dan bersaiz kecil-sederhana. Bahagian atasnya berwarna perang cair, manakala bahagian bawah kadang kala berwarna merah jambu pudar. Kebanyakannya mempunyai ciri-ciri seperti tampalan hitam-dan-putih di leher dan siulan senada.Asal-usul genus genus ini adalah dari Afrika, tetapi beberapa spesies ditemui di kawasan tropika selatan Asia. Sebagai satu kumpulan, genus ini amat berjaya; banyak spesies boleh didapati dalam habitat di kawasan tropika, dan dua spesies antaranya boleh ditemui dengan meluas.Tekukur Berkolar Eurasia, Streptopelia decaocto, secara alaminya bertebaran jauh dari habitat asalnya di kawasan beriklim panas bermula di tenggara Eropah hingga ke Jepun; dan membuat koloni di seluruh Eropah, hingga sejauh Great Britain menjelang tahun 1960, dan Ireland tidak lama kemudian. Ia juga dibawa masuk ke Amerika Syarikat dan setakat tahun 1999, ia dilaporkan hidup di 22 buah negeri dan masih merebak dengan cepat.Satu analisis turutan DNA telah memutuskan bahawa genus terdiri daripada tiga warisan yang berbeza. Kumpulan pertama terdiri daripada laughing dove dan Tekukur Merbuk Balam, yang mana telah lama diakui mempunyai kelakuan dan morpologi berbeza. Kumpulan kedua terdiri daripada kebanyakan spesies lain kecuali tekukur penyu Malagasy dan pink pigeon, yang mana merupakan spesies terselamat dari radiasi Madagascar/Mascarenes dan dahulunya diletakkan dalam genera berlainan. Hubungan dua-spesies ini rupa-rupanya merupakan saudara dekat dan tidak boleh dipastikan berada dalam genus Columba atau Streptopelia (walaupun secara keseluruhannya mereka agak dekat dengan yang sebelumnya). Oleh itu, ia mungkin dipisahkan kepada dua sebagai genera yang berbeza, dinamakan sebagai Spilopelia untuk kumpulan pertama (meskipun tidak memiliki keutamaan ke atas Stigmatopelia, yang disebutkan pada awalnya,[2] telah dipilih dalam prinsip semakan pertama) dan Nesoenas untuk kumpulan terakhir.[3]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Streptopelia http://www.inhs.uiuc.edu/~kjohnson/kpj_pdfs/Auk.20... http://www.eu-nomen.eu/portal/taxon.php?GUID=urn:l... http://www.nzor.org.nz/names/878c2fd1-6089-4873-ad... //doi.org/10.1642%2F0004-8038(2001)118%5B0874:AMPO... http://fossilworks.org/bridge.pl?a=taxonInfo&taxon... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=138... http://www.marinespecies.org/aphia.php?p=taxdetail... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://gd.eppo.int/taxon/1STPEG